Friday, June 12, 2009

Accident Di Tempat Kerja


Kereta-kereta yang terlibat

Kuala Lumpur - Satu kemalangan telah berlaku lebih kurang pada pukul 8 pagi di perkarangan pejabat di sini. Seorang saksi yang tidak mahu dikenali berkata kepada wakil kepohci bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca daripada seorang kakitangan wanita yang kelam kabut mengejar mesin perakam waktu yang telah menghampiri pukul 8 pagi.

Wanita tersebut dipercayai berbangsa melayu dan bertudung labuh paras ke pinggang itu telah memparking kereta beliau secara terburu-buru di foyer bangunan tersebut. Setelah berjaya mengswipe kad, beliau dengan terburu-buru memecut laju hendak ke tempat letak kereta pula dan tanpa menyedari gear kereta beliau berada di kedudukan D dan bukan N. Apabila hand break diturunkan..emmm apalagi..berdentumlah kereta beliau melanggar kereta di hadapan beliau iaitu sebuah kereta wagon yang buruk lagi maha usang. Pemilik kereta wagon tersebut dipercayai sepejabat dengan wakil kepohci.

Keadaan menjadi bertambah kacau bilau apabila kereta-kereta tersebut together-gether melanggar pula sebuah motosikal yang berada di hadapan. Ia menyebabkan kakitangan wanita terbabit terkunci di dalam kereta beliau sendiri kerana kedua-dua pintu kereta tersebut tidak boleh dibuka akibat tersepit di antara dinding foyer dan kereta wagon yg buruk ittew. Mangsa tidak diselamatkan di sebabkan para penonton terlalu asyik melihat kesan pelanggaran di kedua-dua kereta yang terlibat. Walaubagaimanapun, seorang lelaki yang budiman yang hanya dikenali sebagai Pandak telah mengambil inisiatif membuka bonet kereta Honda City kakitangan wanita terbabit bagi membolehkan wanita itu keluar menerusi bonettersebut.
"Saya heran semua tak pedulikan dia, lalu saya buka bonet bagi dia kuar", menurut Pandak.
Dilaporkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Menurut pemilik motosikal tersebut yg hanya mahu dikenali sebagai Pak Akob, beliau park motor beliau di situ sementara naik ke atas pejabat untuk mengambil sesuatu dan amat terkejut apabila mendapat tahu motosikal beliau terbabit di dalam kemalangan tersebut. Beliau menyatakan kepada wakil kepohci yang beliau akan menuntut apa yg patut di atas kemalangan itu kerana motor itu baru sahaja dibeli dengan hasil titik peluh ketiak beliau sendiri - Apa Nama

Pandangan dari hadapan

Pandangan dari belakang

Polis-polis bantuan berkerumun kat kawasan kemalangan. Yang paling pendek tu pemilik motosikal..hehe

Kereta tunda dah mai.

No comments: