Tuesday, March 17, 2009

Info Selasa: Flora

Yes uolls..kali ni aku nak kongsi info yg berguna dgn korang kat blog nih..kalau boleh setiap selasa aku akan usaha cari info yg pelik2 untuk tatapan uolss semua (kalau aku tak bz @ malas la kann)..

Meh aku kenalkan kat korang nama-nama flora yg hazab lagi ganaz yg terdapat di alam maya ini..walaupun nama they all mengerikan tp byk kegunaannya..!

Pokok yg pertama yg ingin aku introduce kat korang..tadaaa!..(motif terpilih yg pertama?..tatau..hehe)


cantek bunganya kann..

Nama Tempatan:
Derhaka Mertua (Hayoh!namaaa..tak takut nurraka kah?)..hiks..
Nama Saintifik: Plumbago Indica
Nama Lain: Ceraka Kampung, Plumbago, Chitrakmool
Famili: Plumbaginaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Keterangan:
Mempunyai bunga yang cantik dan berwarna merah terang. Bahagian permukaan daunnya licin dan berkilat. Tumbuh di kawasan belukar yang agak terlindung dari cahaya matahari yang terik. Ia membiak melalui keratan batang dan biji benih. Akar Derhaka Mertua berwarna kekuningan. Bahan aktif yang terdpt dalam Derhaka Mertua ialah Plumbagin dan Glokosid Sitostrerol.
Kegunaannya:
Bahagian Derhaka Mertua yg biasa digunakan dalam perubatan ialah akarnya. Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang dan mengembalikan kecergasan badan. Boleh juga digunakan untuk mengubati batul, bronkitis, angin dlm perut (colic) dan kudis buta (scabies). Di M'sia, fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk melancarkan perjalanan haid. Utk tujuan ini, 2-3 helai daunnya yg segar dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya uolls..boleh menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yg sedang hamil. Pantang bagi wanita hamil mendekati atau memegang walaupun daunnya sekali. Oleh itu, penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati.



tgh cari benih pokok ni..

Nama Tempatan: Sundal Malam
Nama Saintifik: Polianthes Tuberosa
Nama Lain: Tuberose, Ratrikani
Famili: Amaryllidaceae/Agavaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Amerika Tengah
Keterangan:
Kebanyakkan bunga yg berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal mlm mempunyai sifatnya berbeza. Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yg akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Tumbuhan ini memerlukan terus pada cahaya matahari.
Kegunaannya:
Digunakan di India sebagai bunga untuk menimbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yg belum kawen dilarang dari mencium harumannya pd waktu mlm krn dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Di sini bunga ini dikenali dgn nama ratrirani (mistress of the night). Dapat menambah dan merangsangkan tenaga chakra yg boleh membuatkan seseorg itu mempunya kuasa psikik. Minyak pati bunga ini sgt mahal, ada tempat yg menjualnya dgn harga USD100 utk 5 ml dan digunakan utk pemulihan emosi, mendtgkan ketenangan perasaan. Byk ditanam secara komersil di Hawaii, US, Mexico.

Nama Tempatan: Maman Hantu
Nama Saintifik: Cleome Gynandra L
Nama Lain: Pai Huat Tsai (China), Man Ma Tia (Vietnam), Kabani (Sanskrit), Kadugu (Tamil)
Famili: Capparaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Tumbuhan Tempatan
Keterangan:
Sejenis rumpai yg berasal dari Tenggara China. Tumbuh di kawasan berpasir dan bertanah liat di kawasan tropika. Memerlukan pendedahan terus dari cahaya matahari.
Kegunaannya:
Digunakan untuk merawat buasir dan reumatik (matilah anal bleeding!)

Nama Tempatan: Rumput Israel
Nama Saintifik: Asystasia Gangetica L
Nama Lain: Chinese Violet, Seri Pagi
Famili: Acanthaceae
Lokasi Dijumpai: Di tepi-tepi jalan dan pinggir belukar
Asal: Tumbuhan Liar
Keterangan:
Membiak melalui keratan btg dan menjalar. Cepat membiak dan dpt menjajah sesuatu kawasan dgn cepat sekali (sesuai sgt dgn namanya..kann?!) Rumput ini dianggap sebagai rumput perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Nusantara. Dijadikan makanan untuk binatang ternakan seperti lembu, kambing dan biri2.
Kegunaannya:
Mengubati luka akibat dari gigitan serangga dgn cara melumatkan daunnya dan menampalnya pada luka tersebut.

Nama Tempatan: Rumput Taik Babi
Nama Saintifik: Stachytarpheta Jamaicensis L. Vahl
Nama Lain: Selasih Dandi, Pokok Cawan Minyak, Light Blue Snake Weed, Blue Porter Weed, Yu Long (China)
Famili: Verbenaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar
Asal: Amerika Tengah, Hindia Barat, Mexico, British Honduras/Guatemala
Keterangan:
Bunganya putih kebiruan seperti bunga pokok kapal terbang. Daunnya sedikit berbulu. Rumput ini amat dikenali dikalangan masyarakat Tionghua (Haruzlah kann?..ahaks!)
Kegunaannya:
Jus hasil dr daun atau batangnya jika dititik ke dalam telinga boleh merawat infeksi telinga. Daunnya ditampal untuk mengubati luka-luka kecil, bisul dan kudis. Daunnya yg muda jika dikeringkan dan direbus boleh mengubati malaria serta masalah haid yg kronik (bekas KB mak leh la cuba ni..sapa tatau?..hehe).. dan mengawal pusingan haid. Malah ada juga digunakan sebagai ubat perancang keluarga! (matilah durex!)...*larikk

Kalau uolls rasa nama pokok2 kat atas tak cukup ganaz lagik..mrasa baca pokok yg terakhir nih!!


bunga dia cantek tp syg namanya cam celaka..opps!

6 comments:

Emy said...

patut la ada bau bunga dlm office aku pg nie! ada org buat entry psl bunga!! errrmmm kalau ada benih pokok derhaka mertua tu kasik aku skit ek! tak pun pokok celaka tuh!

RizQin said...

hayoh nyeh..ngeri sungguh pilihan ko noks..
mak pun cam feeling2 nk tanam pokok derhaka mertua kat dpn pintu umah..sundal mlm kat dlm bilik tdo(opss!)..rumput israel kat atas meja opis!hahaha

Yezzaaa19 said...

hahaha...nama2 pokok bunge yg x komersial langsung!..aku pun x tau..nama mcm2 tu!..hoho..

Emy said...

of coz la.. rumput israel tu aku nk tanam depan umah!

pn_fateen07 said...

sundal malam tu banyak depan umah aku.. tapi apsal gambar bunga tu lain sikit dari yang ada kat depan umah aku kat kampung tuh .. mungkin yang kat umah aku tuh bunga sundal kampung kut.. hehehehe

RizQin said...

hahahaha!!..ko ni lawak la fatin..yg ko punya tu sundal siang kot..